Cara Pakai Corset PB

Cara Pemakaian Coli Panjang (Long Bra)
1) Condongkan badan ke depan dan longgok-longgokkan payudara supaya memenuhi cup bra.
Sarungkan bra ke badan dan guna tangan untuk menarik dari atas lemak-lemak payudara
yang sudah jatuh ke bawah.
2) Tegakkan tubuh dan kancing semua cangkuk bra di belakang. Tundukkan badan ke depan
sedikit, (paling bagus posisi rukuk kerana lemak-lemak akan turun kebawah ketiak mudahlah
anda menariknya nanti
3) Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan
ke dalam cawan bra). Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
4) Betulkan kedudukan bra


Cara Pemakaian Bengkung (Waist Nipper)
1) Letak bengkung 'direct to skin'. Bengkung mesti dipakai menyentuhi kulit kita (didalam baju).
Lekatkan kesemua cangkuk(position cangkuk memang di tepi badan).
2) Betulkan kedudukannya
3) Tarik tali pelaras
4) Silangkan tali di belakang, tahan nafas dan tarik tali (membawa kesan pinggang meramping
sedikit) dan bawa cangkuk kehadapan.
5) Cangkukkan ikut keselesaan. Pastikan ianya selesa.
Nota: Jika anda mendapati tali tidak sampai memadai dengan ikat reben tali tersebut dibelakang. Jika tali terjuntai dihadapan walaupun cangkuk pada butang terakhir plastic, sila pendekkan tali dengan cara mengikat reben dibahagian tali yang mempunyai manik.

Cara Pemakaian Seluar Dalam (Long Girdle)
1) Lipatkan bahagian pinggang dan dan kaki seluar dalam
2) Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa
3) Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas
4) Perbetulkan kedudukannya agar selesa.

Nota: Pemakaian bagi susuk tubuh biasa adalah dimulakan dengan coli,seluar dan akhir sekali bengkung. Bagi yang mempunyai susuk badan agak gempal,dimulakan dengan coli,bengkung dan akhir sekali seluar. Perubahan boleh dilakukan mengikut keselesaan. Kain dalam juga boleh digunakan sebagai alas bagi memudahkan pemakaian.

Tips Cara  Ukur


Tips Penjagaan Corset PB

DISINI SAYA  KONGSIKAN TIPS PENJAGAAN SET PREMIUM BEAUTIFUL. SESUATU YANG MAHAL TENTU ADA CARA PENJAGAANNYA KAN? JADI, SAYA INGIN KONGSIKAN TIPS UNTUK MENJAGA SET PREMIUM BEAUTIFUL.


PANTY DAN BRA

  • Jangan pakai panty dan bra semasa pakai Premium Beautiful kerana Premium Beautiful akan bertindak sebagai pengganti seluar dalam dan bra kita yang kita biasa pakai hari-hari tu.
  • Pakai hanya Premium Beautiful untuk mendapat lebih kebaikan FIR (direct contact of FIR fabric dalam Premium Beautiful dengan kulit).

PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL MINIMUM 8 JAM SEHARI

  • Pakai Premium Beautiful minimum 8 jam sehari. Tapi kalau lebih dari 8 jam pun sangat digalakkan. Kalau nak cepatkan proses pengecilan/penurunan saiz badan, boleh pakai hingga 20 jam. Tidak ada kesan buruk kalau pakai lebih 8 jam, malah adalah lebih baik.
  • Minimum 8 jam tu untuk full set yet. Malam boleh pakai waist nipper masa tidur. Kesan memang cepat pada bahagian perut.

KETIKA PERGI KE TANDAS

  • Untuk kemudahan buka waist nipper sepenuhnya. Lepas tu turunkan long girdle (macam biasa kita buat dengan seluar dalam).

KETIKA HAID/PERIOD

  • Kalau masa haid/period, boleh pakai seluar dalam/panty, untuk senang pakai tuala wanita (pad).

MINUM SEKURANG-KURANGNYA 8 GELAS AIR KOSONG

  • Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari semasa pakai Premium Beautiful dan ini memang digalakkan jika tak pakai pun kan. FIR dalam Premium Beautiful memerlukan air yang cukup dalam badan kita untuk bertindak.
  • Jikalau tiba-tiba terasa pening semasa memakai Premium Beatiful, segeralah minum air.

KRISIS PENYEMBUHAN

  • Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah normal dan sementara. Ini menandakan badan sedang mengeluarkan toksid. Sakit kepala, pening, gatal dan sakit belakang adalah perkara biasa bagi pengguna Premium Beautiful buat kali pertama. Anda perlu bersabar dan teruskan memakainya.

MASA BASUH

  • Basuh bila perlu. Maknanya kalau anda rasa Premium Beautiful masih bersih dan tidak berbau boleh teruskan pakai. Tapi kalau Premium Beautiful mula berbau atau gatal itu maknanya masa untuk dibasuh sudah tiba!

CARA-CARA MEMBASUH PREMIUM BEAUTIFUL

  • Basuh Premium Beautiful dengan cucian tangan sahaja. Elakkan memerah/memintal dengan kuat.
  • Masukkan separuh air bersih dalam baldi dan campur sedikit Premium Beautiful Wash atau apa-apa jenis liquid detergen yang lembut (jangan guna sabun serbuk). Kemudian celup dan basuh Premium Beautiful dengan dengan tangan.
  • Bilas Premium Beautiful hingga bersih dan sangkut pada penyidai dalam bilik air supaya air basuhan Premium Beautiful menitik dan kering. Boleh juga keringkan Premium Beautiful dengan tuala bersih.
  • Bila air tidak menitik lagi, boleh sidai Premium Beautiful dalam bilik bawah kipas.
  • Premium Beautiful akan kering dalam masa 4-6 jam so masa terbaik untuk basuh ialah masa balik dari kerja. Esoknya boleh pakai lagi.

PANTANG LARANG

  • Jangan basuh Premium Beautiful dengan mesin basuh atau memerah dengan kuat.
  • Jangan iron atau dry clean.
  • Jangan jemur di bawah/direct pada cahaya matahari.
  • Jangan basuh dengan sabun serbuk.